UBAHSUAI SAMBUNGAN PAIP AIR
UBAHSUAI SAMBUNGAN PAIP AIR
Setelah bertahun sambungan dan sistem automatik sedia ada digunakan, akhirnya ia perlu diubah, bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa. bagaimanpun sistem pintarnya tetap di gunakan.
Dalam sistem lama, bekalan air (SAJ 2) kepada tangki di bahagian supermarket adalah tidak mencukupi. Kadar aliran airnya yang perlahan tidak dapat menampung kegunaan semasa. Untuk mengatasi masalah ini, bekalan tambahan diperolehi dari bekalan air ke tangki toilet (SAJ 2).
Bekalan air ke toilet ini pula dipam dari tangki sedia ada yang terletak dibahagian yang lebih rendah (tingkat 1). Oleh kerana kedudukannya yang rendah, saiz paipnya yang besar, maka jumlah air masuk ketangki ini adalah lebih tinggi dan dapat menampung air untuk kegunaan kedua-dua tangki toilet dan bahagian supermarket.

Sistem litar air secara pintar digunakan untuk memudahkan kerja-kerja pembekalan air. Ianya menggunakan beberapa komponen tambahan selain dari pam. Keseluruhan sistem dikawal oleh panel kawalan 1, yang terletak dibahagian tangki toilet dan panel kawalan 2 yang terletak di tangki bahagian supermarket.
Secara asasnya, panel 1 adalah panel utama. Paras air dikedua-dua tangki dikawal oleh suis pelampung yang diletakkan didalam kedua-dua tangki dan disambungkan ke panel 1 atau 2, yang mana berkenaan.
Cara kerja secara ringkas adalah...
Sekiranya paras air dalam tangki toilet kurang, suis pelampong (float switch) dalan tangki tersebut akan tertutup (ON) dan solenoid valve akan hidup dan melepaskan air kedalam tangki. Pam pula dikawal oleh suis tekanan (pressure switch) yang akan menghidupakan pam apabila tekanan menjadi rendah dan mematikan pam apabila tekanan menjadi tinggi. Apabila tangki sudah sampai keparas dikehendakki, suis pelampung akan terbuka dan mematikan solenoid valve. Pam akan terus hidup sehingga tekanan dalam paip mencapai tekanan yang di perlukan.

Begitu juga sekiranya tangki air dibahagian supermarket kurang, (sama seperti diatas) suis pelampung akan menghidupkan solenoid valve, dan melepaskan air kedalam tangki. Apabila air dilepaskan, tekanan air dalam paip akan menjadi rendah dan suis tekanan akan menghidupkan pam. Apabila paras sampai, solenoid valve akan mati dan pam terus hidup dan akan mati apabila tekanan tinggi yang disetkan dicapai. Dengan cara ini tekanan air didalam paip akan sentiasa berada dalam tekanan yang diperlukan (sekitar 1.2 - 1.7bar).
(litar cadangan ubahsuai)
Dalam ubahsuaian yang dibuat, penambahan bekalan air ke tangki bahagian (area) supermarket telah didapati. ianya menggunakan paip yang lebih besar dan baik. Bekalan ini dambil dari paip bekalan 4" yang digunakan untuk membekalkan air ke tangki untuk pencegahan kebakaran). Paip tambahan poly 1" disambung kepaip tersebut dan dibekalkan terus ke tangki kawasan Supermarket dan dilanjutkan ke tangki toilet dibahagian supermarket.
Nota : Tangki atap yang membekalkan air kekawasan atap (untuk kerja-kerja pembersihan) dan bilik HD tidak dimasukkan dalam gambar 1. Tiada ubahsuaian dibuat kepada bahagian ini. Dalam gambar 2 dimasukkan untuk makluman sahaja.
Dari ujian dibuat, didapati bekalannya dapat menampung keperluan kedua-dua tangki tersebut.
KERJA-KERJA YANG DIBUAT
Ubahsuaian yang dibuat hasil penyambungan paip baru:-
(FASA 1)
1 - Bekalan (main supply 3 - dalam gambar 2) - disambung terus ke tangki bahagian supermarket dan solenoid valve dan suis pelampung digunakan untuk mengawal paras air.
2 - Bekalan (main supply 3 - dalam gambar 2) - disambungkan ke 'Toilet Tank' menggunakan paip yang sama seperti dalam gambar 1, ubahsuaian dibuat disitu adalah menggunakan solenoid valve dan suis pelampung untuk mengawal air masuk (paras air). Paip tersebut juga dimasukkan terus ke tangki, tidak melalui T seperti sambungan asal.
(FASA 2)
3 - Bekalan ke tangki toilet (asalnya menggunakan pam dari tangki tingkat 1), disambungkan terus ke bekalan dari SAJ. Pengawalan kemasukan air juga menggunakan solenoid valve dan suis pelampung.
4 - Tangki tingkat 1 akan dikeluarkan.
(FASA 3)
5 - Pam yang asalnya digunakan untuk mengepam air dari tangki tingkat 1 ke tangki toilet akan digunanakan kembali untuk mengepan air dari tangki toilet ke sistem paip toilet.
Apa yang dibuat disini adalah ubahsuaian yang tidak melibat belanja besar. Hanya tambahan paip pada fasa 2 sahaja yang diperlukan. komponen lain semuanya digunakan semula. Oleh kerana melibatkan penggunaan semula komponen, maka kerja-kerjanya perlu dibuat secara berperingkat untuk memastikan tiada gangguan berlaku. Begitu juga, ujian secara fizikal dibuat untuk memastikan bekalan mengcukupi.
Contoh seperti diatas, fasa 1 disiapkan dan diuji, setelah di pastikan tiada gangguan bekalan, kerja selanjutnyaboleh diteruskan.
Apa yang cuba dibuat adalah untuk memastikan sistem ini tetap dalam keadaan "stand alone" atau pintar.

LAMPIRAN
komponen digunakan (spefikasi mungkin tidak sama seperti dalam gambar) :
SOLENOID VALVE/ INJAP SOLENOID
PRESSURE SWITCH/ SUIS TEKANAN
FLOAT SWITCH/ SUIS PELAMPONG
Pelbagai cara kawalan pintar peralatan dalam bangunan/rumah dapat dibuat untuk memudahkan kerja... yang penting tahu cara mengubahsuainya.
.