lampu pintu automatik
LITAR LAMPU PINTU
AUTOMATIK
DO IT YOUR SELF….
Nak cuba
buat litar lampu pintu automatik…
mudah aje..
Barang yang
diperlukan
1.
Tiga(3)
tapak relay 8 pin 240VAC
2.
1 unit timer relay yang boleh disetkan masa
selama 1 minit, atau bergantung keperluan pengguna.
3.
1
unit limit switch.
4. Kabel
dan lain-lain untuk pendawaian.
Gambar
komponen yang diperlukan :-
RELAY (8 PIN BULAT) – 2 PCS
|
LIMIT SWITCH – 1 PCS
|
TIMER RELAY (8 PIN BULAT) - 1 PCS
|
TAPAK 8 PIN BULAT - 3 PCS
|
Litar yang diperlukan.
Penerangan litar
1 – Punca kuasa adalah
240VAC. Untuk keselamatan, MCB 10A atau
lebih kecil digunakan sebaga pemutus litar.
2 – Limit switch
diletakkan supaya sentiasa ditekan oleh pintu semasa pintu ditutup. Litar yang digunakan dalam limit swith adalah
sambungan NC (normally closed). Dalam
keadaan ini, apabila pintu ditutup, R1 dalam keadaan OFF
kerana litar dalam limit switch adalah dalam keadaan OFF
(terbuka).
gambar : limit switch yang dipasangkan kepada jenang pintu.
gambar : limit switch yang dipasangkan kepada jenang pintu.
3 – Apabila pintu
dibuka, litar dalam limit switch akan tertutup (ON) dan ini akan menyebabkan R1 hidup (energized).
4 – Apabila R1 hidup,
arus akan melalui 1R1 (NO) dan seterusnya
akan menghidupkan lampu dan R2. Apabila R2 hidup, bekalan kuasa (alternatif) kepada lampu
dan R2 akan juga diperolehi melalui 1T1(NC) dan juga 2R2(NO).
Di peringkat ini bekalan kuasa
kepada lampu dan R2 “dikunci” selama masa
yang disetkan pada T1.
5 – Apabila pintu
ditutup kembali, R1 akan “OFF”, dan ini akan menyebabkan T1 dihidupkan melalui 1R1(NC)
dan 1R2(NO).
6 – Apabila masa T1 sampai, 1T1(NC)
akan memutuskan litar bekalan kuasa (alternative) kepada lampu dan T2. Pada masa yang sama, T1 akan direset (OFF)
melalui 1R2. Sekiranya, sebelum masa T1
sampai, dan pintu dibuka, T1 akan diOFFkan oleh 1R1(NC). Oleh
itu, masa T1 akan dikira berdasarkan masa
terakhir pintu ditutup.
# Litar ini juga boleh
diubahsuai dengan menggunakan PIR dan juga punca kuasa 12VDC.
Nantikan
sambungannya…..
KOS PROJEK ADALAH SEKITAR RM200.00
SELAMAT MENCUBA
PENERANGAN TAMBAHAN
Nota
Gambarajah 1
1
Sila rujuk gambar diatas, penandaan
dan simbol menggambarkan cara sambungan litar dalam relay (geganti) yang
digunakan. Simbol NC (Normally close) adalah
seperti diatas. Begitu juga symbol NO (normally
open).
2
Penandaan 1R1 dan 2R2 adalah merujuk
kepada litar dalam relay dan kedudukan relay. Dalam relay 8 pin, terdapat 2
point untuk litar kuasa (2 dan 7) dan 2 set point untuk suis iaitu 1/3/4 dan
8/5/6. Cara sambungan adalah seperti gambarajah dibawah.
gambarajah 2 : tapak relay pandangan dari bawah
3
Dalam gambarajah 1 diatas, 1R1(NC) boleh merujuk
kepada relay no. 1, sambungan 8 dan 5. Sementara bagi 2R2(NC) merujuk kepada
sambungan relay no. 2, sambungan 1 dan
4.
litar sambungan tapak relay dan timer
adalah seperti dibawah: -
Litar 1 : litar lengkap projek
pintu
(untuk gambar yang lebih besar, lihat litar dibawah)
Litar 2 : litar lengkap projek
pintu (lanskap)