kerosakan panel air con

BUSBAR PANEL AIR CON MELETUP

Tengah dok syok layan keje, dapat pula panggilan.... 'AIR CON BILIK ... TAK ON". YE KE? takkanlah. takpelah gi aje check dulu. samapai aje kat panel, check supply, tak de, MCCB dah trip. Jangan On MCCB tu dulu.. gi kat MSB, MCCB pun trip! Ni mesti BESAR punya problem kot. apa terbayang... pasti ada air con yang dah kacau ni. 

Takpe ON aje MCCB kat MSB. .... OK aje. oklah tu. wiring supply OK.

gi kat panel... check incomimng supply..  tiga2 OK. supply dari MSB OKlah tu.

ON pulak MCCB (pintu panel mesti tutup) .... ada bunyi bakarlah. cuba buka sikit pintu. nampak ada spark kat hujung Busbar.... belum sempat nak tututp pintu dan OFF MCCB, terus aje... POP... dan MCCB trip, supply dari MSB pun dah trip. Apa lagi, boleh konfirm, busbar ada problem. Apa lagi mulakan keje...

Cabut kabel dari MCCB ke busbar....






kabel ke busbar dah cabut awal-awal lagi.....



lepas itu cabut Busbar.... Tu DIA....





apa lagi.. bawak kat wad lah (bilik)...

mofify sikit, janji boleh pakai. lagipun panel tu ada 3 point memang tak pakai.

potong dan buka nak tengok keadaan busbar. nampak baik. cuma tempat terbakar untuk dua way MCB 3P nak kena buang.

pasang semula dan bersedia untuk langkah seterusnya...



Msb nak kena check. Dua (2) mcb dah rosak dan kena buang. Mcb nak kena susun semula. Busbar dah kurang untuk dua mcb 3p (kerana rosak dan dipotong tadi).



keadaan MCB yang dah rosak





perlu diingat, panel tersebut terdapat 3 mcb spare, dan busbar dah hilang dua way, maka mcb yang rosak terus dibuang dan mcb yang elok dan digunakan akan disusun semula tempatnya. Bagaimanapun masih terdapat 1 set MCB SPARE.



MCB yang elok dan digunakan telah dipasangkan kembali. Busbar masih belum dipasangkan.




foto busbar telah dipasangkan.



Cermin digunakan untuk pemeriksaan sambungan pada busbar..




 pemeriksaan kembali sambungan dibuat untuk memastikan ianya dalam keadaan memuaskan....




Setelah semua sambungan di pastikan dalam keadaan memuaskan, pemeriksaan "short circuit" pula dibuat untuk memastikan tiada litar pintas akan berlaku.




Setelah semua dah dalam keadaan memuaskan, kabel dari MCCB ke busbar disambung semula.



Kemudiannya, bekalan dari MSB di sambung kembali,

Ujian terhadap litar kawalan dibuat terlebih dahulu sebelum litar kuasa disambung.

Setelah semua selesai, penandaan semula dilakukan......

penandaan terhadap semua MCB dan cantactor dibuat seperti dibawah:-


akhirnya... ia kembali beroperasi seperti biasa.


ALHAMDULILLAH... SETTLE.

Popular posts from this blog

UBAHSUAI SAMBUNGAN PAIP AIR

panel kawalan pam