Gaji mtn (aku)

 Isu


1 - kena standby bila staff lain cuti. (Contohnya 16/05 - 22/05 kena standby selama 6 hari disebabkan staff cuti dan MC)


2 - kena standby untuk melatih staff baru kebiasaanya sehingga dua (2) minggu atau kena kerja berterusan selama paling kurang untuk 14 hari.


3 - kes emergency yang memerlukan saya datang untuk membetulkan keadaan/ breakdown


Makluman/Nota


Saya pernah dioffer untuk dibayar kenaikan lebih tinggi dibandingkan kenaikan dengan pengiraan OT.


Saya menolak dengan alasan saya akan rugi disebabkan alasan diatas. Dimana saya diminta untuk kerja dalam tempoh panjang tanpa dibayar. Dept. Maintenance tidak seperti dept lain yang mana staffnya boleh meninggalkan dept kosong atau membiarkan astaka dalam keadaan breakdown.


Untuk pengetahuan, saya dipanggil kembali ke astaka oleh Mr Chua apabila saya kembali ke Muar. Pada ketika itu bangunan Astaka Mall (Leong Hup Corp, Jalan Salleh) melakukan ubahsuaian besar. Kalau tak silap pada tahun 2011. Saya yang banyak tahu selok belok berkenaan bangunan berkenaan. Itu antara sebabnya saya dipanggil semula walaupun saya pada mulanya menolak. Pada masa itu beliau mengatakan saya dikira sebagai unpaid leave selama lebihkurang 4 bulan saya bercuti, dan saya dikira staff senior yang masuk mulai 01/06/1998. Saya juga ditawarkan kenaikan RM100 pada masa itu. Tetapi saya terkilan apabila saya melihat rekod saya sebagai pekerja baru apabila melihat dalam borang penilaian saya. Menunjukkan pihak ASTAKA sendiri tidak menepati janji sendiri semasa memanggil saya kembali masuk ke ASTAKA. Saya hilang kelayakan seniorIti itu sedangkan orang yang lebih baru memperolehinya (beberapa tahun lepas ada imbuhan kepada pekerja yang melebihi 10 tahun, tetapi saya yang masuk pada 1998, tiada apa2 walaupun pada awalnya saya dikira masih staff senior yang mula bekerja pada 06/1998 dan tempoh cuti saya dikira upl pada kemasukan kali kedua!!!!)

Popular posts from this blog

UBAHSUAI SAMBUNGAN PAIP AIR

panel kawalan pam